Feb 14, 2011

If only I can stop the time...

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SEPANG
PERDAGANGAN 3 ( 5th Batch)

Boys : Aman, Arun, Apis, Adek, Azhar, Ayim, Kotal, Zam
Girls : SEADEBAB, Shera, Mel, Cik Yam, Min, Sya, Mira, Putri, Fana

Guru Kelas : Pn. Hairana
Ketua Kelas : Amirul Helmi
Penolong : Nur Amira
Bendahari : Insyirah Nur (me)
AJK : Warga Perdagangan 3 tersayang

Ya Allah, jika saja aku bersyukur ketika bersama mereka semua.
Jika saja aku menghargai masa kami bersama.
Jika saja aku menikmati setiap detik yang kami lalui.
Aku harap mereka akan sentiasa mengingati aku seperti mana aku mengingati kenangan antara kami yang sentiasa subur di fikiran, juga di hati aku. Aku takkan pernah kuburkan kenangan terindah kita wahai warga Perdagangan3 2009/2010.

Andai saja aku punya kuasa untuk memberhentikan masa, sudah tentu kita akan kekal sebagai warga PD3 selamanya. Andai saja kita si vampire seperti keluarga Cullen, sudah tentu kita akan berada dia Teknik Sepang selamanya. Teknik Sepang menjadi saksi kepada persahabatan kita semua yang terjalin sehingga kini. Mana mungkin untuk aku melupakan sekolah yang banyak memberi pengajaran yang menjadikan aku seorang insan yang akan berjaya walaupun aku sudah dapat baca keputusan yang mungkin akan aku terima menjadi punca guru-guru tercinta aku menangis pilu juga umi serta baba aku. Sekolah ini juga mengajar aku nilai persahabatan, kasih sayang seorang teman terhadap teman yang lain serta kesetiaan dan kejujuran seorang sahabat.

Asal saja mereka tahu, mereka adalah sahabat-sahabat yang sentiasa aku sebut-sebut di dalam doaku. Asal saja mereka tahu, bagaimana aku menangis pada malam-malam ku kerana aku amat merindui mereka. Asal saja aku dapat melaungkan kata-kata " AKU SAYANG KORANG SEMUA, SAHABAT DUNIA AKHIRAT KU " disetiap pelusuk dunia, biar sahaja dunia tahu bagaimana aku mencintai sahabat yang sentiasa membantuku semasa aku berada di dalam kesusahan. Semoga Allah memberkati persahabatan kita wahai sahabat sekalian.



p/s : standard budak habis sekolah lah tulis pasal classmates. Mine, they were awesome :)

9 comments:

  1. Sure you can dek :( menangis bukan bermakna lemah. Aku rindu time kita semua dalam class sgtsgt :(

    ReplyDelete
  2. yeah , miss gila . all the moments . kena sangat tittle tuh :))

    ReplyDelete
  3. hihihi. tittle jelah kena kan ? apa yang aku tulis tu seriously dr lubuk hati aku. maaf lah kalau ayat tunggang-langgang. hihihi :)

    ReplyDelete
  4. haha ! tak kesah tunggang langgang , asal kan touching . :DD

    ReplyDelete